Tuesday, March 8, 2011

☷ Kedai Badan ☷

Sebenarnya kalau kita shopping ni buat hati rasa riang gumbira...hati tidak gundah gulana.maka tadi selepas pulang dari kilang..awwa awwa..wuooo..awwa..awwa..hahaha tetiba nyanyi lagu sudirman lak..happy sebab dapat shopping walau hanya 4 barang sahaja.kesian incik momok menemani aku masuk dari satu kedai ke satu kedai tapi 4 barang sahaja yang dibeli.Ingat satu shopping complex tu owang nak borong.

Inci Momok : eh eh 4 barang sahaja beli..nape tak borong semua?

Saye : ingat saya anak tokey balak bee.tokey balak pun bole bangkrup kalau dapat perempuan macam saya.kalau you letih pie la rehat kat kereta.(✖╭╮✖)

dia dah bosan lar tu ken kalau ayat yang macam gitu.malas nak layan ayat2 dia yang gitu ken, saya buat bodoh masih menjelajah disetiap kedai yang ada di Jaya Jusco kat Alpha Angle.Kedai kasut 2 kali masuk keluar.kasutnya tak beli-beli juga.tak berkenan dihati.Incik Momok masih mengikuti bontotku yang melenggang2 diruang legar jaya jusco tu sambil saya mengulang ayat-ayat

Saye : tak pe, you pi jer tunggu kat kereta tu..buang karen jer u ikut i.nanti u penat.

Sebab dah tahu saya macam perli dia ken..dia buat bodoh juga mengikuti saya sambil2 tu melepak2 di kerusi yang disediakan dan menjeling2 ke arah saya takut saya bermain mata dengan jejaka handsome di Jaya Jusco tu..

Last -last kat kedai badan ( Body Shop ) juga yang menjadi tarikan saya. rasanya 45 minit saya kat dalam kedai tu dan incik Momok mula melarikan diri takut saya akan memanggil dia dan mengarahnya mengeluarkan kertas2 yang berkaler biru dan purple dari purse dia.(◕‿-)

Paper bag yang besar

Barang yang kecil!! dengan harga yang besar bersama paper bag yang besar

Baju yang kecil dengan harga yang kecil RM19 hengget jer...

Monday, March 7, 2011

Saya Nak Jadi Nur Nilam Sari


Pinjamkan sinarmu nur nilam sari
Buatku merempuhi malam
Kabus berlabuh bagaikan awan
Mengaburi penglihatan
Menyekat maksud di sempadan
Redup yang pasangkan angan
Sekadar berhasrat
Berlindung dalam lena
Pejamkan mata
Untuk kulupakan sengsara
Berapa kerdipa
Melaraskan jiwa
Menyusuk ke arah-asalku
Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku masih gembira
Bagiku rahmat semuanya
Oh....mungkin....
Kalau nasibku berbeza
Aku tak mampu menilaikan dikau
Aku berani
Berani aku
Katakan dirimu itu dewi kayangan
Peperangan yang melanda diriku kini
Sudah berakhir...oh...berakhir
Kepahitan dulu bertukar
menjadi sejarah
Dan kenangan manis

4.45pm = Tiba-tiba saya berangan nak jadi Nur Nilam Sari dalam hujan - hujan lebat ni..Siapakah gerangan Puteri Nur Nilam sari ni? Mengikut lirik lagu tersebut adalah seorang puteri bunian yang bisa memberi ketenangan kepada semua orang dan semestinya seorang perempuan yang suci.Kalau puteri bunian jer mesti dianggap lawa,lembut dan senyuman juga adalah satu nikmat.Tapi saya juga pernah melihat keindahan manusia biasa juga yang boleh dianggap cun gila....

....dan saya tidaklah seindah putri nur nilam sari ni tapi mahu bagi ketenangan dan kegembiraan pada semua orang yang mengenali saya...malah mahu bagi senyuman pada semua orang yang memandang saya ..hmmmm nanti kan orang kata saya gila lak kalau tersengih2 macam kerang busuk pada orang yang saya tidak kenal..tapi sekurang2nya saya boleh buat mereka rasa tenang kan...

Nota Berangan : Jangan anggap saya gila kerana sekarang tengah dalam keadaan berfantasi..hahaha..

Saturday, March 5, 2011

❤❤ Kecapi Bahagia ❤❤

Saja jer kan nak bagi orang rasa tenang dan gembira kan dengan tip yang sebegini.Bila kita sentiasa sibuk, kita terlupa untuk buat perkara mengembirakan.Cuba panduan hebat ni untuk kembalikan keceriaanmu....Lakukan sedikit perubahan kecil pada harimu, ia mampu beri hasil yang menggembiran..

Jika kamu ada taman di halaman rumah, berkaki ayam saja di atas rumput sambil berjalan ke kotak pos setiap pagi

Ketika Bersyampu rambut, tekan bahagian dahi yang mempunyai banyak saraf.

Makan Tengahari bersama teman atau rakan sepejabat. Setiap jam kamu bersosial ( maksimum enam jam ), rasa bahagiamu akan meningkat sehingga lima peratus

Bertentang mata dengan jejaka kacak - ini merangsang mindamu ( kacak macam Brad Pitt owang nak lar... )

Peluk teman-temanmu bila bertemu dan sebelum meminta diri. Menurut kajian, pelajar yang memberi lima pelukan adalah lebih gembira berbanding pelajar yang tidak gemarkan pelukan.

Berikan ciuman kepada insan tersayang kira-kira 20 saat setiap hari...tucen pon boleh maa..ahakz...

last sekali tengok lah muke tucen..mesti tak tension...saya pernah buat..hakhak..lagi cam tucen kat atas tu kan...(◕‿-)

Sebenar terpulang juga kepada individu bagaimana dia menggembirakan diri masing2. macam saya, dengan cara ini berkesan juga buat kita tersenyum lebar hingga hujung telinga walau kepala otak berserabut dengan pelbagai masalah hidup dan kerja..disamping bersembahyang dan berdoa kehadrat Ilahi kan.


Nota Gembira :- Hari ini saya pergi beli tiga ekor ikan tambah kawan di akuarium saya



Thursday, March 3, 2011

Tidur Di Golden Screen Cinema ( GSC )

Sah sah dah tahu kan kalau tengok wayang mesti nak tido...saya tak la tido..buah hati yang sorang la ni.lagi-lagi dapat yang Golden Cinema (GC ) memang buat dengkur saja la Momok aku ni.Tapi kat GC tak banyak movie pun sebab harga tiket pun dah RM50 hengget.Kami pergi GSC kat One Utama,tah kenapa Momokku tak mahu pergi Signature.Movie I Am Number Four pukul 7.20pm selepas pulang dari Office sebab voucher tiket tu due date dia sampai 04.03.11.


Yang beshnya tak ramai orang,yer la harganya pun dah RM50.fikir dua tiga kali jugak la.Kami sebab dapat free voucher sebab hadiah harijadi saya boleh la,sebelum tarikh voucher tu dah valid.


Menunggu sebelum tayangan bermula

Kerusinya pun besar.dengan ada butang untuk control kerusi tersebut.tapi saya masih tak selesa,mungkin kerana badan saya kecik buat saya rasa tak boleh duduk diam kat atas kerusi tu.kiri kanan berpusing2.hehehe (✿◠‿◠)

Sekejap lagi dengan aksi dengkur

Boleh makan-makan di atas side table yang disediakan

Makan sambil tidur

Kiranya movie dah start sambil makan-makan.Lepas 10 minit Momok memulakan acaranya dengan mempress motobot dengan kelajuan 150km/sejam.Laju dan kuat bunyinya mengalahkan bunyi sound efect movie yang kami tengok.Apa lagi saya cucuk la dia..tapi rupa2nya ada couple chinesse kat sebelah yang press motobot yang bunyinya lebih kurang seperti momok.Tapi movie I am Number Four pun boleh buat orang terkejut gak sebab ada part suspen.Masalahnya macamana Momok yang tak terkejut, dengan sound efect yang bunyi tu.Masih kedengaran bunyi motobotnya.huhuhu nasib la tak ramai orang.hehehe.

Monday, February 28, 2011

〰○ 〰○ 〰○ 〰○ Aktiviti Gen 2 〰○ 〰○ 〰○ 〰○

Biasalah jika hari minggu di awal bulan ada aktiviti anjuran Kelab Gen 2.net Central .Kali ni Bowling antara ahli2 dari central jer..mungkin akan datang perlawanan antara kelab kereta yang lain2...biasa lah aku dan incik momok sebagai penyorak dan pemerhati yang terhebat di dalam gen2 ni..nak jadi kaki sorak ala2 malu nak lontarkan suara takut terkeluar emas seketul yer...


Tukang Pemerhati Yang Berjaya...haaaa dah la pegang pin masuk longkang.




Makan kalahkan peserta bowling...



Peserta-peserta yang berjaya diucapkan tahniah...

Monday, February 14, 2011

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙Ceritera Cerita Kami˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙


Cer cer cerita..ce cerita...haa critera Cinta Antara Momok Dan Anis Rossa.Bukan untuk dijadikan sebuah cerpen ataupun novel romantis dalam hubungan itu...tapi kerana nilai sesuatu perhubungan yang penuh kasih sayang dan juga nilai2 cerita yang penuh tragedi...seperti perang dunia ketiga,pergolakan yang menjadi sketsa antara keluarga dan juga diri kami...hmmm leka sebenarnya lelaki yang bernama momok ini...

Cerita KAMI bermula apabila perjumpaan antara kawan-kawan 2 lelaki dan saya seorang perempuan dikampung Baru berhampiran dengan sebuah restoran di Nasi lemak RM 0.60sen.okey terpikat..masing2 terpikat..terjerat dan segala bagai perasaan bermula dan bermula sebuah perangkap dari seorang lelaki yang bernama Momok.Antara ayat2 mengorat Momok

1.Jom teman saya dinner..tak da kawan la nak lepak...( ni sms )..saya OK je..

2.Saya nak kena buat survey pasal makan-makan dan perjumpaan untuk kelab samseng ni..hahaha saya pun join jugak pada waktu tu.secretary jauh nun kat Shah Alam..awak yang terdekat jom la...saya OK jer..


3.bla bla bla... ayat2 mula rasa lain macam rindu banget dan kasih dan mula la perasaan romantik..

Ala biasa la ayat2 lelaki memikat wanita..korang tau jer la..


Ayat saya pula: 1.Jom la datang kat Hotel Shangri la ni..Saya dengan kawan saya ni..(jangan fikir tempah bilik hotel ya)..live band kat sini besh la..ada tiga wanita seksi ni suara sedap..Dia OK juga...

2.Saya teringin nak makan nasi lemak rm 0.60 sen tu..awak lapar tak?kalau tak tak pe saya ajak orang lain..( saja perangkap )..dia pun OK jer


3.Bla bla bla...alaaa bee ni...alaaa yang ni..haa dah start cintan lar tu..


Tapi antara kami makan masa setahun juga nak bercinta..almaklum saya tak mudah menerima seseorang selepas frust yang gila2 dan penerimaan saya pada lelaki ini..takut banyak masalah tapi kerana kuatnya rasa kasih sayang itu maka KAMI meneruskan hubungan kami sehingga kini yang dilanda pelbagai emosi dan juga masalah yang kadang2 rasa buat kita fade up.

Lelaki ini amat menyayangi saya sehingga sanggup mencederakan dirinya kerana saya..hmmmm saya tak akan jumpa lelaki seperti ini selain dia.lelaki ini adalah yang terbaik buat saya.Ada tak seorang lelaki bila :-

1. Satu pergaduhan telah berlaku disebuah kedai mamak dan disebelah tempat duduk kita je..dan dia dengan segera melindungi dan memeluk saya agar tidak terkena dek kerana budak2 yang dalam pergaduhan itu jatuh atas badan saya atau kerusi meja menimpa saya..biarkan dia kena dengan hati yang rela ..sakit pun tidak mengapa.

2. Hantar balik pergi kerja dan jika lelaki ini bekerja overtime sanggup lagi dia menghantar saya balik kerumah walau bergaduh macam nak rak sekalipun..lelaki ini sanggup lagi hantar dan balik dari kerja..tak mahu saya penat menaiki LRT atau Cab walhal perkara itu mudah dan senang bagi saya.
3. Ada tak lelaki yang sanggup menghantar saya balik kampung dari KL ke Bentong Pahang tanpa menyusahkan saya menaiki bus hinggakan saya boleh bergaduh sepanjang perjalanan kerana hal "tak mahu menyusahkan dia"...setiap kali lah bila hantar saya balik kampung

4. Teman Saya kemana2 walau hendak membeli sekotak air kotak di 7E tapi tidak masa nak pergi toilet...


5. Bergaduh macamana pon sanggup menunggu saya di bawah basement Condo yang saya tinggal


6. pernah juga berlaku cerita hindustan berlari berkejaran di dalam hujan mendapatkan saya apabila saya ada date dengan kekasih gelap saya pada ketika itu hubungan cinta ini yang hendak putus ditengah jalan


7. Saya selalu cakap BENCI BENCI BENCI kat dia..entah berapa juta lemon..tapi dia tak pernah mengeluar kata2 kesat atau pun benci kepada saya..kalau bodoh bangang tu sudah lumrah ..masa gaduh je lar...✖‿✖




Sebenar ada lagi kebaikan2 yang dia buat demi untuk saya...bukan kerana saya dah berbaik semula dengan dia..ini baru permulaan episod...sambungan episod kedua..ketiga dan terakhir nanti la dulu..pencerita ni dah lenguh tangan untuk menaip sebenarnya...

Wednesday, February 2, 2011

˙·٠•●♥ KaripapKaripap Cinta ♥●•٠·˙


(a❤‿❤a)˙hahaha besh jer tajuknye..."KaripapKaripap Cinta".Haa owang tengah baca novel komedi ni..kunun nak beli novel citer sedih "Lafazkan Cintamu" tu tapi..tak jumpa..last2 jumpa novel ni macam menarik.Macam nak clearkan otak yang serabut baca novel yang gini-gini dulu.pasni baca novel sedih2 dgn ayeq hidung meleleh bagaikan..Penghargaan yang mula2 pon dah kelakar siap untuk kucing dia pun ada...hahahaha.sajak pon nak gelak kalau baca...(✿◠‿◠).Klau nak buat review pasal citer ni owang belum baca sampai habis la..lagipun owang bukan pengkritik2 novel atau penganalisa novel2 ker..yang tahu BELI dan BACA..komen mengomen itu tahu.. besh ke tak besh..hehehehe