Thursday, March 3, 2011

Tidur Di Golden Screen Cinema ( GSC )

Sah sah dah tahu kan kalau tengok wayang mesti nak tido...saya tak la tido..buah hati yang sorang la ni.lagi-lagi dapat yang Golden Cinema (GC ) memang buat dengkur saja la Momok aku ni.Tapi kat GC tak banyak movie pun sebab harga tiket pun dah RM50 hengget.Kami pergi GSC kat One Utama,tah kenapa Momokku tak mahu pergi Signature.Movie I Am Number Four pukul 7.20pm selepas pulang dari Office sebab voucher tiket tu due date dia sampai 04.03.11.


Yang beshnya tak ramai orang,yer la harganya pun dah RM50.fikir dua tiga kali jugak la.Kami sebab dapat free voucher sebab hadiah harijadi saya boleh la,sebelum tarikh voucher tu dah valid.


Menunggu sebelum tayangan bermula

Kerusinya pun besar.dengan ada butang untuk control kerusi tersebut.tapi saya masih tak selesa,mungkin kerana badan saya kecik buat saya rasa tak boleh duduk diam kat atas kerusi tu.kiri kanan berpusing2.hehehe (✿◠‿◠)

Sekejap lagi dengan aksi dengkur

Boleh makan-makan di atas side table yang disediakan

Makan sambil tidur

Kiranya movie dah start sambil makan-makan.Lepas 10 minit Momok memulakan acaranya dengan mempress motobot dengan kelajuan 150km/sejam.Laju dan kuat bunyinya mengalahkan bunyi sound efect movie yang kami tengok.Apa lagi saya cucuk la dia..tapi rupa2nya ada couple chinesse kat sebelah yang press motobot yang bunyinya lebih kurang seperti momok.Tapi movie I am Number Four pun boleh buat orang terkejut gak sebab ada part suspen.Masalahnya macamana Momok yang tak terkejut, dengan sound efect yang bunyi tu.Masih kedengaran bunyi motobotnya.huhuhu nasib la tak ramai orang.hehehe.

No comments:

Post a Comment