Friday, March 11, 2011

FeeL The JoY

Saya ni bukanlah seorang blogger yang tegar..hehehe..tak tahu nak taip apa.idea tu banyak sebenarnya untuk merapu tapi bila dah mengadap komputer semua info2 dan segala nak merapu semua hilang.Blog saya ni juga bukan nak cerita pasal widget ke, computer ke, fesyen ke tapi pasal saya...makan , shopping, tido, kerja dan merapu.kalau dah nikah tu tahu la apa aktiviti yang nak dibuat..hehehe..banyakkan aktiviti yang besh2..hehehe.

Okey la cerita pasal nak nikah ni aku bosan dan boring sebenarnya..bukan tak mahu nikah..nak nikah..coming soon..tarih hari dan bulan masih dalam rahsia..biarlah rahsia..itupun kalau jodoh ada.Dan ramai lah Aunty2,datin2, puan sri2,tokey2,coucil member kat tempat kerja aku bertanya

"when you will be married, Anis?"
"Nis,,,dont forget to invite aunty ye?"
"Ani..klau u married datin jangan lupa yer"

aduh....nanti tengoklah dimajlis nikah gue..ada orang2 veteren..mak2 datin dan juga nyonya2 yang datang..yer la mereka tu baik2 aja dengan aku sebab aku hormat mereka yang dah agak2 veteren walau dulu mereka ni boleh dikatakan kerek dengan aku.

Walau apa pun kisah hidupku di blog ini antara suka,antara duka aku harus rasa gembira...walau duka yang melanda.yer la orang tidak akan tahu apa yang kita rasa.cuma memandang dari luaran sahaja.Apa2 pun yeaahhhhh kita enjoyyyyyyyyy!!!!


Nota Enjoy : Apa orang nak kata..apa orang nak mengumpat pasal aku dipersilakan, sedikit pun tidak luak pahala aku,malah pahala aku bertambah2 setiap umpatan mereka itu> boleh rujuk pada hadis tentang fakta ini. peaaceee \m/(>.<)\m/

Tuesday, March 8, 2011

☷ Kedai Badan ☷

Sebenarnya kalau kita shopping ni buat hati rasa riang gumbira...hati tidak gundah gulana.maka tadi selepas pulang dari kilang..awwa awwa..wuooo..awwa..awwa..hahaha tetiba nyanyi lagu sudirman lak..happy sebab dapat shopping walau hanya 4 barang sahaja.kesian incik momok menemani aku masuk dari satu kedai ke satu kedai tapi 4 barang sahaja yang dibeli.Ingat satu shopping complex tu owang nak borong.

Inci Momok : eh eh 4 barang sahaja beli..nape tak borong semua?

Saye : ingat saya anak tokey balak bee.tokey balak pun bole bangkrup kalau dapat perempuan macam saya.kalau you letih pie la rehat kat kereta.(✖╭╮✖)

dia dah bosan lar tu ken kalau ayat yang macam gitu.malas nak layan ayat2 dia yang gitu ken, saya buat bodoh masih menjelajah disetiap kedai yang ada di Jaya Jusco kat Alpha Angle.Kedai kasut 2 kali masuk keluar.kasutnya tak beli-beli juga.tak berkenan dihati.Incik Momok masih mengikuti bontotku yang melenggang2 diruang legar jaya jusco tu sambil saya mengulang ayat-ayat

Saye : tak pe, you pi jer tunggu kat kereta tu..buang karen jer u ikut i.nanti u penat.

Sebab dah tahu saya macam perli dia ken..dia buat bodoh juga mengikuti saya sambil2 tu melepak2 di kerusi yang disediakan dan menjeling2 ke arah saya takut saya bermain mata dengan jejaka handsome di Jaya Jusco tu..

Last -last kat kedai badan ( Body Shop ) juga yang menjadi tarikan saya. rasanya 45 minit saya kat dalam kedai tu dan incik Momok mula melarikan diri takut saya akan memanggil dia dan mengarahnya mengeluarkan kertas2 yang berkaler biru dan purple dari purse dia.(◕‿-)

Paper bag yang besar

Barang yang kecil!! dengan harga yang besar bersama paper bag yang besar

Baju yang kecil dengan harga yang kecil RM19 hengget jer...

Monday, March 7, 2011

Saya Nak Jadi Nur Nilam Sari


Pinjamkan sinarmu nur nilam sari
Buatku merempuhi malam
Kabus berlabuh bagaikan awan
Mengaburi penglihatan
Menyekat maksud di sempadan
Redup yang pasangkan angan
Sekadar berhasrat
Berlindung dalam lena
Pejamkan mata
Untuk kulupakan sengsara
Berapa kerdipa
Melaraskan jiwa
Menyusuk ke arah-asalku
Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku masih gembira
Bagiku rahmat semuanya
Oh....mungkin....
Kalau nasibku berbeza
Aku tak mampu menilaikan dikau
Aku berani
Berani aku
Katakan dirimu itu dewi kayangan
Peperangan yang melanda diriku kini
Sudah berakhir...oh...berakhir
Kepahitan dulu bertukar
menjadi sejarah
Dan kenangan manis

4.45pm = Tiba-tiba saya berangan nak jadi Nur Nilam Sari dalam hujan - hujan lebat ni..Siapakah gerangan Puteri Nur Nilam sari ni? Mengikut lirik lagu tersebut adalah seorang puteri bunian yang bisa memberi ketenangan kepada semua orang dan semestinya seorang perempuan yang suci.Kalau puteri bunian jer mesti dianggap lawa,lembut dan senyuman juga adalah satu nikmat.Tapi saya juga pernah melihat keindahan manusia biasa juga yang boleh dianggap cun gila....

....dan saya tidaklah seindah putri nur nilam sari ni tapi mahu bagi ketenangan dan kegembiraan pada semua orang yang mengenali saya...malah mahu bagi senyuman pada semua orang yang memandang saya ..hmmmm nanti kan orang kata saya gila lak kalau tersengih2 macam kerang busuk pada orang yang saya tidak kenal..tapi sekurang2nya saya boleh buat mereka rasa tenang kan...

Nota Berangan : Jangan anggap saya gila kerana sekarang tengah dalam keadaan berfantasi..hahaha..

Saturday, March 5, 2011

❤❤ Kecapi Bahagia ❤❤

Saja jer kan nak bagi orang rasa tenang dan gembira kan dengan tip yang sebegini.Bila kita sentiasa sibuk, kita terlupa untuk buat perkara mengembirakan.Cuba panduan hebat ni untuk kembalikan keceriaanmu....Lakukan sedikit perubahan kecil pada harimu, ia mampu beri hasil yang menggembiran..

Jika kamu ada taman di halaman rumah, berkaki ayam saja di atas rumput sambil berjalan ke kotak pos setiap pagi

Ketika Bersyampu rambut, tekan bahagian dahi yang mempunyai banyak saraf.

Makan Tengahari bersama teman atau rakan sepejabat. Setiap jam kamu bersosial ( maksimum enam jam ), rasa bahagiamu akan meningkat sehingga lima peratus

Bertentang mata dengan jejaka kacak - ini merangsang mindamu ( kacak macam Brad Pitt owang nak lar... )

Peluk teman-temanmu bila bertemu dan sebelum meminta diri. Menurut kajian, pelajar yang memberi lima pelukan adalah lebih gembira berbanding pelajar yang tidak gemarkan pelukan.

Berikan ciuman kepada insan tersayang kira-kira 20 saat setiap hari...tucen pon boleh maa..ahakz...

last sekali tengok lah muke tucen..mesti tak tension...saya pernah buat..hakhak..lagi cam tucen kat atas tu kan...(◕‿-)

Sebenar terpulang juga kepada individu bagaimana dia menggembirakan diri masing2. macam saya, dengan cara ini berkesan juga buat kita tersenyum lebar hingga hujung telinga walau kepala otak berserabut dengan pelbagai masalah hidup dan kerja..disamping bersembahyang dan berdoa kehadrat Ilahi kan.


Nota Gembira :- Hari ini saya pergi beli tiga ekor ikan tambah kawan di akuarium saya



Thursday, March 3, 2011

Tidur Di Golden Screen Cinema ( GSC )

Sah sah dah tahu kan kalau tengok wayang mesti nak tido...saya tak la tido..buah hati yang sorang la ni.lagi-lagi dapat yang Golden Cinema (GC ) memang buat dengkur saja la Momok aku ni.Tapi kat GC tak banyak movie pun sebab harga tiket pun dah RM50 hengget.Kami pergi GSC kat One Utama,tah kenapa Momokku tak mahu pergi Signature.Movie I Am Number Four pukul 7.20pm selepas pulang dari Office sebab voucher tiket tu due date dia sampai 04.03.11.


Yang beshnya tak ramai orang,yer la harganya pun dah RM50.fikir dua tiga kali jugak la.Kami sebab dapat free voucher sebab hadiah harijadi saya boleh la,sebelum tarikh voucher tu dah valid.


Menunggu sebelum tayangan bermula

Kerusinya pun besar.dengan ada butang untuk control kerusi tersebut.tapi saya masih tak selesa,mungkin kerana badan saya kecik buat saya rasa tak boleh duduk diam kat atas kerusi tu.kiri kanan berpusing2.hehehe (✿◠‿◠)

Sekejap lagi dengan aksi dengkur

Boleh makan-makan di atas side table yang disediakan

Makan sambil tidur

Kiranya movie dah start sambil makan-makan.Lepas 10 minit Momok memulakan acaranya dengan mempress motobot dengan kelajuan 150km/sejam.Laju dan kuat bunyinya mengalahkan bunyi sound efect movie yang kami tengok.Apa lagi saya cucuk la dia..tapi rupa2nya ada couple chinesse kat sebelah yang press motobot yang bunyinya lebih kurang seperti momok.Tapi movie I am Number Four pun boleh buat orang terkejut gak sebab ada part suspen.Masalahnya macamana Momok yang tak terkejut, dengan sound efect yang bunyi tu.Masih kedengaran bunyi motobotnya.huhuhu nasib la tak ramai orang.hehehe.