Sunday, October 2, 2011

Kenduri Cukur Jambul

Semalam ada kenduri lagi kat umah kawan2 Gen2.Kenduri Cukur Jambul anak lelaki mereka Ashraf Haikal berumur 2 bulan..Makan kenduri tu sedap..tapi malu nak tambah..kene la cover kan nanti dak2 gen2 kate den kuat melantak...ayurrrkkk..ade dah tahu...den memang kuat makan...haha


INILAH GAMBAR MAK DENGAN ANAK DIA


Aiii Ashraf Haikal...kena kejut dari tido nih..


Dengan Mama Ashraf


Dengan dak sekolah rendah..haha







Ini yang tak bole blah ni...

Tapi tak sempat nak ambil masa cukur sebab dah lambat sampai dengan gambar baby dalam buaian dan dgn kawan2 Gen2.Kami lepak lama juga kat rumah Mak Farid dan Melly sebab band dia besh walau lagu-lagu mak kita sebab penyanyinya suara best juga...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, September 27, 2011

Luahan Perasaan!!!

" Jangan Fikir Kita sudah Cukup Baik Kalau Dalam Fikiran Sentiasa Nampak Orang Tidak Baik "


Kadangkala ada manusia ni berperasaan dia lah yang paling bagus dan tidak pernah memikirkan hati dan perasaan orang lain, dengan sesedap rasa mengata atau marah atau berkata-kata..saya memang tidak suka orang sebegini..malah rasa jijik!!

Maafkan saya.Hidup seseorang manusia berpandukan rezeki masing-masing.rezeki saya belum memperolehi hidup yang sempurna dengan mempunyai keluarga tapi alhamdulilah sekurang-kurang saya tidak menganggu hidup orang lain atau menyusahkan orang lain malah banyak orang telah menyusahkan saya tapi saya terima dengan redha...mungkin ada kala saya merungut dan ada kala saya bersyukur..yer lah saya ni manusia..Alhamdulilah juga Allah menyayangi saya dan masih menjaga saya dari memburuk2kan orang lain..dan menjauhkan saya dari perasaan hasad dengki kat orang lain juga murahkan rezeki saya walau kadangkala juga saya leka untuk sujud padanya..Ya Allah...ampunkan dosaku..


Kadang2 menangis juga kerana Allah masih beri kesempatan untuk saya menikmati hidup yang bebas kemana2 dengan mudah dengan pelbagai urusan dan kepayahan hidup...


Tapi saya rasa pelik dengan manusia yang amatlah dengki dengan saya...


SAYA BUKAN TUAN PUTERI ATAU ANAK RAJA DAN SAYA JUGA BUKAN ANAK ORANG ADA-ADA...APAPUN SAYA TIADA..CUMA ADA HATI DAN JIWA..APATAH LAGI HARTA TIADA SATU SEN PUN...


Jadi apalah kamu terlalu cemburu dengan saya...hanya rupa pemberian ilahi yang tiada cacat cela..itu sahaja..


kadang2 kaum sejenis dengan saya ni cemburu beranggapan suami mereka mahukan saya tapi hakikatnya tiada apapun situasi yang melibatkan :SMS LOVING2..ataupun Berbual2 ala2 teman tapi mesra ataupun berpegang tangan dikhalayak ramai?hahaha..jauh sama sekali..selalu lah hindari dari couple2 or pasangan2..jangan terlalu mesra dengan mereka dah langsung dicop BODOH SOMBONG...


Inilah orang kita terutama sebangsa dengan saya...selalu lah tak berpuashati dengan kesenangan atau kejayaan orang lain..saya pula tidak begitu..selalu gembira dan bersyukur dengan kejayaan kawan-kawan saya dan insyallah saya akan seperti mereka..cuma belum sampai seru lagi..


Tak perlu lah bertanya lagi kenapa dan mengapa..qadaq dan qadar itu ketentuan Ilahi..walau sebanyak mana kita berusaha tapi jika Allah belum membuka jalan lurus untuk kita..maka masih tertutup lah jalan yang menuju kearah itu..

Baru saya tahu banyaknya manusia yang tidak ikhlas dan berhati walang disekeliling kita....nauzubillahiminzalik.....


Saturday, September 24, 2011

Aktiviti Di Bulan Syawal

Bulan Syawal Bulan Yang Mulia..Ketentuan Allah berpuasa selama sebulan dan berhari raya selama sebulan..maka pelbagai aktiviti memenuhkan perut dengan pelbagai masakan dibulan Syawal ni..terima kasih diatas jemputan kalian.semoga Allah membalas jasa baik memberi kenikmatan untuk makan yang enak2 dan pastinya free aja..hehe


Kat umah adik ipar kenduri



Open house kat umah geng Gen2 dan juga majlis kahwin Ejal and Nana






Pe hal mata owang luah bebenor melihat ejal ngan nana merah menyala..






Open House Umah Blitz lak selepas kenduri kahwin






Dan yang penting gambar den..hikhik

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 23, 2011

Hackers


Alkisahnya dah lama tak hupdate blog, ada lah hamba allah mana yang datang hack owangnya blog...kononnya dia nak mencuba kepandaian dia dalam hack apa juga website dan blog orang lar..maka meroyan satu badan la owang.minta tolong siapa lagi kalau bukan chenta hati semalam.alhamdulilah boleh buka balik..yer lar saya tak reti nak buka balik or setting apa2 yang boleh buka or anything else..jadi saya letak kawan baik saya sebagai admin kedua dalam blog ni..template ni pun dia yang buatkan..hihikhik..saya tahu taip dan letakkan apa-apa yang patut dalam blog ni..

inilah kawan saya yang juga penjaga blog saya

Tah lar apa sebenar saya nak cerita dalam blog saya ni..tiada la perkara-perkara yang menarik atau d'boom dalam hidup saya melainkan kerja sampai pingsan..hahaha..

Saturday, August 6, 2011

Ramdhan Al Mubarak


Jarang-jarang..kadang-kadang..hangat-hangat tahi ayam saya ni dalam menulis blog..hehe...cuma baru nak wish to all my friend happy ramadhan...Saya berdoa kepada Ilahi semoga Ramadhan saya diberkati pada tahun ini dan juga sebelumnya...

Dalam melalui bulan yang diberkati ini pelbagai dugaan saya tempuhi tapi Allah itu maha penyayang kerana melindungi saya dan mengasihi saya dengan rezeki yang diberikan...semoga Allah beri petunjuk kepada saya dan orang tersayang...Amin..

tah..apalagi yang perlu saya katakan..hanya bersujud padamu Ilahi...

The Important With Word FAMILY


F A M I L Y

I ran into a stranger as he passed by,
"Oh excuse me please" was my reply.
He said, "Please excuse me too;
I wasn't watching for you."

We were very polite, this stranger and I.
We went on our way and we said good-bye.

But at home a different story is told,
How we treat our loved ones, young and old.
Later that day, cooking the evening meal,
My son stood beside me very still.
When I turned, I nearly knocked him down.
"Move out of the way," I said with a frown.

He walked away, his little heart broken.
I didn't realize how harshly I'd spoken.
While I lay awake in bed,
God's still small voice came to me and said,
"While dealing with a stranger,
common courtesy you use,
but the family you love, you seem to abuse.

Go and look on the kitchen floor,
You'll find some flowers there by the door.
Those are the flowers he brought for you.
He picked them himself: pink, yellow and blue.
He stood very quietly not to spoil the surprise,
you never saw the tears that filled his little eyes."

By this time, I felt very small,
And now my tears began to fall.
I quietly went and knelt by his bed;
"Wake up, little one, wake up," I said.
"Are these the flowers you picked for me?"
He smiled, "I found 'em, out by the tree.
I picked 'em because they're pretty like you.
I knew you'd like 'em, especially the blue."
I said, "Son, I'm very sorry for the way I acted today;
I shouldn't have yelled at you that way."
He said, "Oh, Mom, that's okay.
I love you anyway."
I said, "Son, I love you too,
and I do like the flowers, especially the blue."

FAMILY
Are you aware that if we died tomorrow, the company
that we are working for could easily replace us in
a matter of days.
But the family we left behind will feel the loss
for the rest of their lives.

And come to think of it, we pour ourselves more
into work than into our own family,
an unwise investment indeed,
don't you think?
So what is behind the story?

Do you know what the word FAMILY means?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Friday, July 22, 2011

Muffin Coklat

Entah apalah mimpi jap ni, tetiba gatal tangan nak buat muffin.Ambil resepi dalam myresepi tu jer..okey la for breakfast esok..boleh la tahan bukan pandai sangat pun..main2 jer pun tadi..tak la manis sngt..selalukan muffin ni manis jer..yang owang buat ni kurang la manisnya..tak la bulat2 ikut resepi..tak naiik sngt sbb kurang baking powder..housemate sorang ni makan 3 ketul nih..hihi

Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, June 6, 2011

Ingin Memeluk Bulan


Tak tahu la petang-petang ni macam-macam lak rasa..kadang-kadang jiwa rasa sedih dengan apa yang terjadi dalam hidup ni..lalui dengan ntah apa-apa rasa dan cuma rasa ingin memeluk bulan itu....hhhhhmmm siapakah bulan itu ..jangan menyesali kerana aku semestinya Bukan Untukmu..Kau semestinya tahu bukan...


Kau bukanlah untukku
Meski ku tahu
Kau menyayangiku

Cinta tak mungkin terjadi
Diantara kita berdua

Dirimu kini telah bersamanya
Begitu pula aku telah memilikinya

Kini ku sadari rasa ini tak mungkin
Dapat terwujud dalam kisah kasih kita
Kini ku mengerti tulus cinta ini
Hanyalah mimpi panjang yang tak pernah usai

Karena ‘tuk bersamamu
Bagai berharap memeluk bulan

Karena ‘tuk bersamamu
Bagaikan berharap memeluk bulan
Karena ‘tuk bersamamu
Bagaikan berharap memetik bintang





Thursday, June 2, 2011

AkU Kah YaNg B0ngg0K?


Aku ker yang bongok?

Masih kerja kat sini dengan walau tawaran dan kenaikan gaji yang menarik..

aku tensen..


tensen dengan makhluk tuhan yang paling seksi


perut buncit kedepan botaknya ditengah..


berjalan seperti penguin...itulah bos aku
hebatnye aku ni..

kutuk bos aku yang macam nazi


moga tuhan ampunkan dosaku kerana mengutuk sakan bos aku tu

aku tak kutuk orang lain pun..bos aku jer ( ayat ngelat )

moge aku bertabah dengan kekejaman bos aku tuh


katenya nak disepak atau dicampak ke tempat lain


errrr entry kutuk bos lagi..


ampunkan doseku..


aku manusia lemah..tak berdaye..


takpe..bos aku takde pesbook ngan blog


dia tak bace aku kutuk bos aku giler2..


esok harap aku tak kutuk dia lagi..


nanti bertambah lak dosa aku


esok aku dtg kerja melenggang dan senyum kerang busuk


sama bos aku..


bos aku yang bonggok..


okey esok aku tak kutuk dah bos aku


hari ni jer..sbb kan makhluk tuhan paling seksi tu la


aku takde mood nak buat kerja..ala kadar jer..


sekian terima kasih kerana mengutuk bos..



Nota bulu kaki bos : bos bongok ke aku yang bongok..

Apa Sebenarnya


Pagi-pagi aku dah tak de mood sebabkan bos aku ni..asyik cari salah aku jer!..Masa dapat offer or aku nak minta transfer untuk pergi kerja kat commercial building dia yang beriya - iya recommended aku,tapi tidak big bos ngan council member juga president kat company aku.Masa aku dapat offer dari Heong Leong Group kerja kat Menara ING dulu pun depa berebut-rebut nakkan aku.Bos aku boleh cucuk semua council member kat sini.Tak padan dengan tua dan botak kepala tu,dah la hati busuk.



Big Bos dan President siap pergi jumpa Buiding Manager kat ING jangan terima aku sebab mereka nak aku kerja kat sini..malah gaji akudinaikkan sama dengan tempat tawaran tersebut..tapi bos aku ni macam jeles kat aku sebab orang atas, suka kan aku sebab prestasi kerja.Kenapa dia nak jeles dengan aku?walhal gaji dia lagi banyak dari aku dan aku cuma penolong dia saja.Apa Kes?Patutlah ramai tak suka dia dan mahu transfer dia ketempat lain kerana sikap dia...tapi masih tak sedar diri lagi tu..

Wa...wa..meluahkan rasa tentang bos aku,tapi itulah kenyataannya keranaa ramai orang mengadu damba dengan aku sebabkan sikap dia.Lepas tu boleh pulak selongkar kat meja aku untuk cari point nak tuduh aku.ada ke bos macam ni?dan tak percayakan aku sebabkan aku banyak pegang cash dan orang semua percayakan aku cuma dia.aku tahu bos aku tak suka aku sebab suka melawan dia dan tak tunduk pada dia dan bercakap.."yes bos!yes bos"..itu bukan aku.kerana aku akan melawan jika aku tidak salah dan ada kebenaran dan point-point yang aku melawan dia.

Syukur juga ke hadrat Ilahi ,jika kita benar dan baik sesama manusia..semua orang akan sayangkan kita dan Allah akan sentiasa melindungi kita.Hidup pun masih berjalan lancar walau dugaan yang aku pernah hadapi tidaklah sehebat mana-mana orang lain hadapi dugaan.Syukur padamu Ya Allah..Syukur..

Dan Bos aku pulak ada sahaja masalah yang dihadapinya kerana sikap dan hatinya yang busuk tu.Walaupun dia dari bangsa lain aku tidak pernah memburukkan dia dengan semua client dan juga penghuni di bangunan yang aku kerja sekarang ini.tapi bos aku ni tak pernah sedar!Thick Skin!

Aku cuma memohon kehadratmu Ya Allah agar aku dilindungi dan setiap hari aku sentiasa membaca ayat kursi setiap keluar dari rumah..percayalah hidup aku alhamdulilah dan insyallah selamat dari segala bahana dan bencana dan rezeki juga murah.Insyallah..

Wednesday, June 1, 2011

:::Satu Hari SiMinah Rempit:::

Nak bayangkan itu aku dan motoku...

Hahahahaha bukan main lagi entry kali ni..karangan budak darjah 3..amik darjah 3..sebab darjah 3 baru dapat basikal.Tapi owang nak cerita pasal owang naik moto..berangan la sangat naik moto.tah la macam suka jer tengok girl naik moto merempit dijalan raya,owang teringin lar..maka menyampaikan hajat la dengan buah hati Momok bahawa beta nak beli moto..tak mo lah kereta ..ada pun malas nak drive..jemu jer..jadi co-pilot buah hati jer.Maka dia pun membuka ceritanya :-

Pertama : Kat Mesia ni eksiden yang terbanyak dari golongan mat2 dan minah2 rempit.
Kedua : Awak tu kecik, nanti moto yang bawak awak
Ketiga : Kalau hujan kena renti kat bawah jambatan,nanti saya yang datang kena temankan awak sebab awak sorang je.
Keempat : Bukan ke adik ipar awak baru eksiden sebabkan moto gak
Kelima : Tak yah la berangan nak jadi minah rempit,awak nak kemana saya bole hantarkan.
Keenam : Naik kereta lagi selamat..keselamatan dia probably 99.9 %

Wah..wah banyaknya reason dia..tapi yang ke 5 tu memang buah hati akan buat walau bergadoh macam nak rak ni..owang ni sampai menjerit2 kat phone tak payah datang atau nak balik dari opis nak naik public transport kalau dia kerja malam tapi dia macam kucing nak beranak ,kelam kabut..serabut bagai..dah call ni naik cab suh cab tu berenti tak pon datang opis dia...ha macam orang gila aku kat dalam cab tu menjerit..driver cab tu pun leh ketawa..

maka dengan itu,pagi2 suka tengok minah2 rempit naik moto pi kerja..dan dengan itu aku berangan dan selalu sahaja memujuk buah hati membeli sebiji moto..malah saya nak beli sendiri pun masih tertanguh kerana perkara yang dirujuk itu tak dilayan.

Selalunya waktu perjalanan menuju ke opis tu adalah waktu yang tidak menggembirakan untuk owang la..dgn muka tak make up..sampai opis bawu make up bagai maka dengan itu bermulalah angan2 ku...

Kunun2 menaiki moto yang ala2 comel dan merempit pun ditepi-tepi jer dengan lambang moto dengan spray cat tu..tau gambar apa ..gambar sailormoon..hahahaha tak leh blah..moto kaler purple..topi keledar kat belakang ada gambar perempuan cantik.Masa tengah vrooom vroom tu maka adalah beberapa biji kereta memperlahankan keretanya terutama kereta Brabus..Lamborghini..(hahahaha dasat anganku mahu kena cantas ni)....maka terbuka lah tingkap kereta ,dengan mat mat hensem kat dalam kereta (tah tah tua kerepot mana tau ken) tersenyum kepadaku dan aku melambai-lambai seperti ratu dunia dan berhenti membuka topi keledar ...rambut ala2 terbang gitu (tak tahu mengerbang macam hantu kak limah)hahhahaha..aduii dengan high heel naik moto yang start kat handle tu(alarrr aku mana tau lesen moto pun tak dapat lagi..naik moto pun tak reti)..Tiba - tiba moto aku mampus lak kat tepi jalan..maka aku tak bole cerita kat sini kereta lamborghini yang berenti kan ( tak nanti kena jotos lagi)..semestinya kereta gen2 kaler hitam dengan wings kat belakang macam nak pi kebulan tu......

" haaa dah sampai opis..tak payah nak berangan lagi ..."

adehzzz citer tergantung larrr..xbesh betul la ..nak citer panjang sebab dah sampai opis.,Momok bawa kereta laju..cepat sampai..kacau daun jer Momok ni...isshhkk


Motor idamanku..tapi nak kaler purple

Saturday, May 28, 2011

Anak Ikan Kesayanganku

Haaa entry anak ikan..molek tajuk eh..memang la ada anak ikan...ikan kap..jangan lak pikir anak ikan mak datin..haha..Masa balik dari office tadi singah kedai ikan, beli makanan ikan yang dah habis.Beli yang mahal sikit,baru RM12 hengget mahalnya,tuan dia asyik jer makan makanan yang mahal2,apalah salahnya untuk ikan kesayanganku itu,selalu beli makanan yang rege RM3 hengget jer.Tu pun RM12 hengget tahan berapa bulan lar tu.Yang aku ni kalau makan lak tiap-tiap bulan beratus2 makan sedap...hmmm cedey jap ngenangkan ikan-ikan kesayanganku.Dah la kalau balik dari opis melompat2 depa minta mahu dipeluk.Lepas bagi makan pun masih datang bermain2 kat tangan kita..siap geget2 lagi,dah siap bagi makan tu.


Inilah makanan dia yang rege RM12 hengget tahan berbulan-bulan.


Fishvilleku..Pemberian hadiah harijadiku pada tahun lepas


Yang selalu bersusah payah bersihkan akuarium ni Encik Momok larr..

Nota Anak Ikan: Sayang Anak Ikanku..ahakz :-D
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, May 27, 2011

DURI Hari Ini..Bunga Hari Esok..

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.


Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.Lelaki ini sedih tidak faham mengapa pemberiannya berbeza dari permintaannya.Kemudian dia berfikir : Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya.

Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat yang terselindung telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.


Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul! cara Allah sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah....PERCAYALAH...pastinya Allah sentiasa mengurnikan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang dipinta tak semestinya dapat apa yang diperlukan ! Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh. DURI hari ini...adalah BUNGA hari esok! ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADANYA...INSYALLAH.


Nota Syukur :- Aku bersyukur kehadrat Ilahi dengan apa yang aku ada sekarang walaupun hajat dan cita-citaku besar menggunung tapi hanya Allah yang tentukan dan aku masih berusaha kearah itu.

Thursday, May 26, 2011

Kereta Nak Terbang

kereta momok ker ni

Ni nak cerita pasal kereta Momok laa..pagi² ken dah lambat nak pergi kerja..dia mula lar membebel²..walhal dia lar yang lambat ken.pastu dia bawak kereta memangnya tak pernah slow..laju je memanjang..pergi opis tu memang lar..balik dari opis pun..aduiii aku yang sakit kepala..


Me : U ni kan tak pernah la nak bawak pelan² kereta ni nape?Bukannya I nak beranak ke, berak ke...bla bla bla..

Momok : aiii kereta power mana boleh bawak pelan²...

Me : Masalahnye...balik opis tu bawak la pelan..dah la tensyen ..nak la menyegarkan kepala otak nak tengok pemandangan kat kl ni ..bangunan2 kat kl ni kan..bla bla bla ( banyaknye sakap )

Momok : apa barang tengok bangunan kat kl ni ..lagi sakit kepala otak..

Me : U ni melawan larr..x mo kalah kan...ada jer jawapannya..

Momok :standard la..i pun nak menang gak

owang pun diam..penat dah complain...kereta masih laju dia bawak

Pagi ni ( boleh dikatakan tiap2 pagi )

Momok : bodo bodo bodo la driver depan ni..dah tahu kat traffic light bawak pelan2..tahu nak lepas dia jer..

Me : yer la takkan dia nak bawak laju kereta depan tu pun pelan!..

Momok : kereta depan depan tu la bodo..semua bodo driver2 tu semua ( tu lah dia klau dia yang lambat ken )

Me : U pasang jer sayap kat kereta u ni ...boleh la terbang..tak yah nak redah jem bagai..

Momok : u pakai tali pinggang sekarang..i nak terbang dah ni..nak tekan butang sayap nak kuar

Me : ( dalam Hati ) aku pening la mamat ni

Dah veteren usia tu kan..jiwanya muda selalu..bawak kereta macam tu lar..cilok cilok..pastu pantang orang cucuk montot kereta dia..mula dia hangin satu badan..tapi bising2 dia bawak laju..owang juga la jadi co-pilot yang excited masa bila nak cilok.."kiri² bee..kanan² beee...hati hati depan ada kereta bagi signal nak ke kiri"...hehehe..apapun itu yang dia suka ,kita layankan jer..memang la naik kereta dengan dia doa banyak², pastu ayat kursi memang tak lekang dari mulut ni..tapi alhamdulilah syukur tiada apa bala lagi yang datang..insyallah.. sebab dari segi pemanduan Momok, owang tidak ragu²..

Momok punya idaman ni...insyallah..moga apa yang dia impikan tercapai...