Monday, June 6, 2011

Ingin Memeluk Bulan


Tak tahu la petang-petang ni macam-macam lak rasa..kadang-kadang jiwa rasa sedih dengan apa yang terjadi dalam hidup ni..lalui dengan ntah apa-apa rasa dan cuma rasa ingin memeluk bulan itu....hhhhhmmm siapakah bulan itu ..jangan menyesali kerana aku semestinya Bukan Untukmu..Kau semestinya tahu bukan...


Kau bukanlah untukku
Meski ku tahu
Kau menyayangiku

Cinta tak mungkin terjadi
Diantara kita berdua

Dirimu kini telah bersamanya
Begitu pula aku telah memilikinya

Kini ku sadari rasa ini tak mungkin
Dapat terwujud dalam kisah kasih kita
Kini ku mengerti tulus cinta ini
Hanyalah mimpi panjang yang tak pernah usai

Karena ‘tuk bersamamu
Bagai berharap memeluk bulan

Karena ‘tuk bersamamu
Bagaikan berharap memeluk bulan
Karena ‘tuk bersamamu
Bagaikan berharap memetik bintang





Thursday, June 2, 2011

AkU Kah YaNg B0ngg0K?


Aku ker yang bongok?

Masih kerja kat sini dengan walau tawaran dan kenaikan gaji yang menarik..

aku tensen..


tensen dengan makhluk tuhan yang paling seksi


perut buncit kedepan botaknya ditengah..


berjalan seperti penguin...itulah bos aku
hebatnye aku ni..

kutuk bos aku yang macam nazi


moga tuhan ampunkan dosaku kerana mengutuk sakan bos aku tu

aku tak kutuk orang lain pun..bos aku jer ( ayat ngelat )

moge aku bertabah dengan kekejaman bos aku tuh


katenya nak disepak atau dicampak ke tempat lain


errrr entry kutuk bos lagi..


ampunkan doseku..


aku manusia lemah..tak berdaye..


takpe..bos aku takde pesbook ngan blog


dia tak bace aku kutuk bos aku giler2..


esok harap aku tak kutuk dia lagi..


nanti bertambah lak dosa aku


esok aku dtg kerja melenggang dan senyum kerang busuk


sama bos aku..


bos aku yang bonggok..


okey esok aku tak kutuk dah bos aku


hari ni jer..sbb kan makhluk tuhan paling seksi tu la


aku takde mood nak buat kerja..ala kadar jer..


sekian terima kasih kerana mengutuk bos..



Nota bulu kaki bos : bos bongok ke aku yang bongok..

Apa Sebenarnya


Pagi-pagi aku dah tak de mood sebabkan bos aku ni..asyik cari salah aku jer!..Masa dapat offer or aku nak minta transfer untuk pergi kerja kat commercial building dia yang beriya - iya recommended aku,tapi tidak big bos ngan council member juga president kat company aku.Masa aku dapat offer dari Heong Leong Group kerja kat Menara ING dulu pun depa berebut-rebut nakkan aku.Bos aku boleh cucuk semua council member kat sini.Tak padan dengan tua dan botak kepala tu,dah la hati busuk.



Big Bos dan President siap pergi jumpa Buiding Manager kat ING jangan terima aku sebab mereka nak aku kerja kat sini..malah gaji akudinaikkan sama dengan tempat tawaran tersebut..tapi bos aku ni macam jeles kat aku sebab orang atas, suka kan aku sebab prestasi kerja.Kenapa dia nak jeles dengan aku?walhal gaji dia lagi banyak dari aku dan aku cuma penolong dia saja.Apa Kes?Patutlah ramai tak suka dia dan mahu transfer dia ketempat lain kerana sikap dia...tapi masih tak sedar diri lagi tu..

Wa...wa..meluahkan rasa tentang bos aku,tapi itulah kenyataannya keranaa ramai orang mengadu damba dengan aku sebabkan sikap dia.Lepas tu boleh pulak selongkar kat meja aku untuk cari point nak tuduh aku.ada ke bos macam ni?dan tak percayakan aku sebabkan aku banyak pegang cash dan orang semua percayakan aku cuma dia.aku tahu bos aku tak suka aku sebab suka melawan dia dan tak tunduk pada dia dan bercakap.."yes bos!yes bos"..itu bukan aku.kerana aku akan melawan jika aku tidak salah dan ada kebenaran dan point-point yang aku melawan dia.

Syukur juga ke hadrat Ilahi ,jika kita benar dan baik sesama manusia..semua orang akan sayangkan kita dan Allah akan sentiasa melindungi kita.Hidup pun masih berjalan lancar walau dugaan yang aku pernah hadapi tidaklah sehebat mana-mana orang lain hadapi dugaan.Syukur padamu Ya Allah..Syukur..

Dan Bos aku pulak ada sahaja masalah yang dihadapinya kerana sikap dan hatinya yang busuk tu.Walaupun dia dari bangsa lain aku tidak pernah memburukkan dia dengan semua client dan juga penghuni di bangunan yang aku kerja sekarang ini.tapi bos aku ni tak pernah sedar!Thick Skin!

Aku cuma memohon kehadratmu Ya Allah agar aku dilindungi dan setiap hari aku sentiasa membaca ayat kursi setiap keluar dari rumah..percayalah hidup aku alhamdulilah dan insyallah selamat dari segala bahana dan bencana dan rezeki juga murah.Insyallah..

Wednesday, June 1, 2011

:::Satu Hari SiMinah Rempit:::

Nak bayangkan itu aku dan motoku...

Hahahahaha bukan main lagi entry kali ni..karangan budak darjah 3..amik darjah 3..sebab darjah 3 baru dapat basikal.Tapi owang nak cerita pasal owang naik moto..berangan la sangat naik moto.tah la macam suka jer tengok girl naik moto merempit dijalan raya,owang teringin lar..maka menyampaikan hajat la dengan buah hati Momok bahawa beta nak beli moto..tak mo lah kereta ..ada pun malas nak drive..jemu jer..jadi co-pilot buah hati jer.Maka dia pun membuka ceritanya :-

Pertama : Kat Mesia ni eksiden yang terbanyak dari golongan mat2 dan minah2 rempit.
Kedua : Awak tu kecik, nanti moto yang bawak awak
Ketiga : Kalau hujan kena renti kat bawah jambatan,nanti saya yang datang kena temankan awak sebab awak sorang je.
Keempat : Bukan ke adik ipar awak baru eksiden sebabkan moto gak
Kelima : Tak yah la berangan nak jadi minah rempit,awak nak kemana saya bole hantarkan.
Keenam : Naik kereta lagi selamat..keselamatan dia probably 99.9 %

Wah..wah banyaknya reason dia..tapi yang ke 5 tu memang buah hati akan buat walau bergadoh macam nak rak ni..owang ni sampai menjerit2 kat phone tak payah datang atau nak balik dari opis nak naik public transport kalau dia kerja malam tapi dia macam kucing nak beranak ,kelam kabut..serabut bagai..dah call ni naik cab suh cab tu berenti tak pon datang opis dia...ha macam orang gila aku kat dalam cab tu menjerit..driver cab tu pun leh ketawa..

maka dengan itu,pagi2 suka tengok minah2 rempit naik moto pi kerja..dan dengan itu aku berangan dan selalu sahaja memujuk buah hati membeli sebiji moto..malah saya nak beli sendiri pun masih tertanguh kerana perkara yang dirujuk itu tak dilayan.

Selalunya waktu perjalanan menuju ke opis tu adalah waktu yang tidak menggembirakan untuk owang la..dgn muka tak make up..sampai opis bawu make up bagai maka dengan itu bermulalah angan2 ku...

Kunun2 menaiki moto yang ala2 comel dan merempit pun ditepi-tepi jer dengan lambang moto dengan spray cat tu..tau gambar apa ..gambar sailormoon..hahahaha tak leh blah..moto kaler purple..topi keledar kat belakang ada gambar perempuan cantik.Masa tengah vrooom vroom tu maka adalah beberapa biji kereta memperlahankan keretanya terutama kereta Brabus..Lamborghini..(hahahaha dasat anganku mahu kena cantas ni)....maka terbuka lah tingkap kereta ,dengan mat mat hensem kat dalam kereta (tah tah tua kerepot mana tau ken) tersenyum kepadaku dan aku melambai-lambai seperti ratu dunia dan berhenti membuka topi keledar ...rambut ala2 terbang gitu (tak tahu mengerbang macam hantu kak limah)hahhahaha..aduii dengan high heel naik moto yang start kat handle tu(alarrr aku mana tau lesen moto pun tak dapat lagi..naik moto pun tak reti)..Tiba - tiba moto aku mampus lak kat tepi jalan..maka aku tak bole cerita kat sini kereta lamborghini yang berenti kan ( tak nanti kena jotos lagi)..semestinya kereta gen2 kaler hitam dengan wings kat belakang macam nak pi kebulan tu......

" haaa dah sampai opis..tak payah nak berangan lagi ..."

adehzzz citer tergantung larrr..xbesh betul la ..nak citer panjang sebab dah sampai opis.,Momok bawa kereta laju..cepat sampai..kacau daun jer Momok ni...isshhkk


Motor idamanku..tapi nak kaler purple