Wednesday, June 1, 2011

:::Satu Hari SiMinah Rempit:::

Nak bayangkan itu aku dan motoku...

Hahahahaha bukan main lagi entry kali ni..karangan budak darjah 3..amik darjah 3..sebab darjah 3 baru dapat basikal.Tapi owang nak cerita pasal owang naik moto..berangan la sangat naik moto.tah la macam suka jer tengok girl naik moto merempit dijalan raya,owang teringin lar..maka menyampaikan hajat la dengan buah hati Momok bahawa beta nak beli moto..tak mo lah kereta ..ada pun malas nak drive..jemu jer..jadi co-pilot buah hati jer.Maka dia pun membuka ceritanya :-

Pertama : Kat Mesia ni eksiden yang terbanyak dari golongan mat2 dan minah2 rempit.
Kedua : Awak tu kecik, nanti moto yang bawak awak
Ketiga : Kalau hujan kena renti kat bawah jambatan,nanti saya yang datang kena temankan awak sebab awak sorang je.
Keempat : Bukan ke adik ipar awak baru eksiden sebabkan moto gak
Kelima : Tak yah la berangan nak jadi minah rempit,awak nak kemana saya bole hantarkan.
Keenam : Naik kereta lagi selamat..keselamatan dia probably 99.9 %

Wah..wah banyaknya reason dia..tapi yang ke 5 tu memang buah hati akan buat walau bergadoh macam nak rak ni..owang ni sampai menjerit2 kat phone tak payah datang atau nak balik dari opis nak naik public transport kalau dia kerja malam tapi dia macam kucing nak beranak ,kelam kabut..serabut bagai..dah call ni naik cab suh cab tu berenti tak pon datang opis dia...ha macam orang gila aku kat dalam cab tu menjerit..driver cab tu pun leh ketawa..

maka dengan itu,pagi2 suka tengok minah2 rempit naik moto pi kerja..dan dengan itu aku berangan dan selalu sahaja memujuk buah hati membeli sebiji moto..malah saya nak beli sendiri pun masih tertanguh kerana perkara yang dirujuk itu tak dilayan.

Selalunya waktu perjalanan menuju ke opis tu adalah waktu yang tidak menggembirakan untuk owang la..dgn muka tak make up..sampai opis bawu make up bagai maka dengan itu bermulalah angan2 ku...

Kunun2 menaiki moto yang ala2 comel dan merempit pun ditepi-tepi jer dengan lambang moto dengan spray cat tu..tau gambar apa ..gambar sailormoon..hahahaha tak leh blah..moto kaler purple..topi keledar kat belakang ada gambar perempuan cantik.Masa tengah vrooom vroom tu maka adalah beberapa biji kereta memperlahankan keretanya terutama kereta Brabus..Lamborghini..(hahahaha dasat anganku mahu kena cantas ni)....maka terbuka lah tingkap kereta ,dengan mat mat hensem kat dalam kereta (tah tah tua kerepot mana tau ken) tersenyum kepadaku dan aku melambai-lambai seperti ratu dunia dan berhenti membuka topi keledar ...rambut ala2 terbang gitu (tak tahu mengerbang macam hantu kak limah)hahhahaha..aduii dengan high heel naik moto yang start kat handle tu(alarrr aku mana tau lesen moto pun tak dapat lagi..naik moto pun tak reti)..Tiba - tiba moto aku mampus lak kat tepi jalan..maka aku tak bole cerita kat sini kereta lamborghini yang berenti kan ( tak nanti kena jotos lagi)..semestinya kereta gen2 kaler hitam dengan wings kat belakang macam nak pi kebulan tu......

" haaa dah sampai opis..tak payah nak berangan lagi ..."

adehzzz citer tergantung larrr..xbesh betul la ..nak citer panjang sebab dah sampai opis.,Momok bawa kereta laju..cepat sampai..kacau daun jer Momok ni...isshhkk


Motor idamanku..tapi nak kaler purple

No comments:

Post a Comment