Friday, May 27, 2011

DURI Hari Ini..Bunga Hari Esok..

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.


Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.Lelaki ini sedih tidak faham mengapa pemberiannya berbeza dari permintaannya.Kemudian dia berfikir : Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya.

Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat yang terselindung telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.


Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul! cara Allah sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah....PERCAYALAH...pastinya Allah sentiasa mengurnikan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang dipinta tak semestinya dapat apa yang diperlukan ! Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh. DURI hari ini...adalah BUNGA hari esok! ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADANYA...INSYALLAH.


Nota Syukur :- Aku bersyukur kehadrat Ilahi dengan apa yang aku ada sekarang walaupun hajat dan cita-citaku besar menggunung tapi hanya Allah yang tentukan dan aku masih berusaha kearah itu.

No comments:

Post a Comment