Monday, December 30, 2013

Jadi Bini Aku Boleh?

Tengahari tadi tengah berkhayal dalam bilik datang seorang client kat aku tanya :-

"Jadi Bini Aku Boleh"

Aku terkejut ...muka terkulat-kulat dengan mulut terganga ngaaa ..pen jatuh ke riba dan tuppp ke lantai...(ni tipu sbb nak bagi ayat best) hahaha

Aku fikir dia seloroh..tapi muka nampak benar beria..Aku cuma mampu senyum kambing.Hmmm kalau lah aku single *blink *blink *blink

But then again, salah ke kalau  para jantan propose formal “Sudikah kau ambil aku jadi suamimu?” Salah ke? Tapi aku tak boleh blah proposal formal macam ni laaa… Kiok! Ingat ni filem ke haper? Lepas kahwin nanti tak adanya pulok nak berbahasa-bahasa macam ni… Gambir… “Jadi isteri aku, boleh?” Macam  best proposal yang sempoi dan terkejut beruk tu! Aharks!

NOta kaki :-Apapun lupakan hajatmu!! Sedih!!

Wednesday, January 16, 2013

Aku Mampu Diam


“Aku lebih bahagia, gembira dan ceria sekarang.”

“Kerana kita berpisah?”

“Kerana kita berpisah. Dan aku akan menjadi isterinya.”

“Sekelumit pun tak ada rasa sedih kerana kita berpisah? Tak ada rasa kosong dan sepi kerana aku takkan ada bersama kau lagi?”

Aku terdiam....

“Kau tak berperasaan kah selama ni…?”

Aku Masih Diam......

“Bermakna… kasih sayang yang aku curahkan penuh ikhlas kepada kau selama ni, bagi kau tak ada nilai langsung? Kata-kata cinta yang kau ucapkan pada aku selama ni, hanya kata-kata kosong? Hanya tipu belaka? Kau bersama aku selama ni tanpa perasaan? tak ada sekelumit pun rasa kasih dan sayang pada aku? Dan kau rasa lebih bahagia dengan dia dan gembira bila berpisah daripada aku?


Aku Mampu Diam dan Terus Berlalu dari situ.....Dengan Rasa Kosong....

Tuesday, January 15, 2013

::: Sang Siput Comey :::


Aku lah Sang Siput Comey itu...bukannya Sang Siput Vavi...hahahahaha..
Aku Manis Sangat hari ni...
Senyum Meleret Sampai ke Pipi...
Dan Kasut Comel Menyarung kaki...
Renungan Mataku Yang Macam Berapi....

Aku Memang Manis Hari ni...
Macam Krim Dalam Roti...Aharksssss...

P/S ::Sekali sekala dan berkali-kali aku memuji diri sendiri...biarlah..aku nak perasan hari ni...
hehehehe....nak puiii ker..nak tuiii ker...tak kisah dah...