Tuesday, September 27, 2011

Luahan Perasaan!!!

" Jangan Fikir Kita sudah Cukup Baik Kalau Dalam Fikiran Sentiasa Nampak Orang Tidak Baik "


Kadangkala ada manusia ni berperasaan dia lah yang paling bagus dan tidak pernah memikirkan hati dan perasaan orang lain, dengan sesedap rasa mengata atau marah atau berkata-kata..saya memang tidak suka orang sebegini..malah rasa jijik!!

Maafkan saya.Hidup seseorang manusia berpandukan rezeki masing-masing.rezeki saya belum memperolehi hidup yang sempurna dengan mempunyai keluarga tapi alhamdulilah sekurang-kurang saya tidak menganggu hidup orang lain atau menyusahkan orang lain malah banyak orang telah menyusahkan saya tapi saya terima dengan redha...mungkin ada kala saya merungut dan ada kala saya bersyukur..yer lah saya ni manusia..Alhamdulilah juga Allah menyayangi saya dan masih menjaga saya dari memburuk2kan orang lain..dan menjauhkan saya dari perasaan hasad dengki kat orang lain juga murahkan rezeki saya walau kadangkala juga saya leka untuk sujud padanya..Ya Allah...ampunkan dosaku..


Kadang2 menangis juga kerana Allah masih beri kesempatan untuk saya menikmati hidup yang bebas kemana2 dengan mudah dengan pelbagai urusan dan kepayahan hidup...


Tapi saya rasa pelik dengan manusia yang amatlah dengki dengan saya...


SAYA BUKAN TUAN PUTERI ATAU ANAK RAJA DAN SAYA JUGA BUKAN ANAK ORANG ADA-ADA...APAPUN SAYA TIADA..CUMA ADA HATI DAN JIWA..APATAH LAGI HARTA TIADA SATU SEN PUN...


Jadi apalah kamu terlalu cemburu dengan saya...hanya rupa pemberian ilahi yang tiada cacat cela..itu sahaja..


kadang2 kaum sejenis dengan saya ni cemburu beranggapan suami mereka mahukan saya tapi hakikatnya tiada apapun situasi yang melibatkan :SMS LOVING2..ataupun Berbual2 ala2 teman tapi mesra ataupun berpegang tangan dikhalayak ramai?hahaha..jauh sama sekali..selalu lah hindari dari couple2 or pasangan2..jangan terlalu mesra dengan mereka dah langsung dicop BODOH SOMBONG...


Inilah orang kita terutama sebangsa dengan saya...selalu lah tak berpuashati dengan kesenangan atau kejayaan orang lain..saya pula tidak begitu..selalu gembira dan bersyukur dengan kejayaan kawan-kawan saya dan insyallah saya akan seperti mereka..cuma belum sampai seru lagi..


Tak perlu lah bertanya lagi kenapa dan mengapa..qadaq dan qadar itu ketentuan Ilahi..walau sebanyak mana kita berusaha tapi jika Allah belum membuka jalan lurus untuk kita..maka masih tertutup lah jalan yang menuju kearah itu..

Baru saya tahu banyaknya manusia yang tidak ikhlas dan berhati walang disekeliling kita....nauzubillahiminzalik.....


Saturday, September 24, 2011

Aktiviti Di Bulan Syawal

Bulan Syawal Bulan Yang Mulia..Ketentuan Allah berpuasa selama sebulan dan berhari raya selama sebulan..maka pelbagai aktiviti memenuhkan perut dengan pelbagai masakan dibulan Syawal ni..terima kasih diatas jemputan kalian.semoga Allah membalas jasa baik memberi kenikmatan untuk makan yang enak2 dan pastinya free aja..hehe


Kat umah adik ipar kenduri



Open house kat umah geng Gen2 dan juga majlis kahwin Ejal and Nana






Pe hal mata owang luah bebenor melihat ejal ngan nana merah menyala..






Open House Umah Blitz lak selepas kenduri kahwin






Dan yang penting gambar den..hikhik

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 23, 2011

Hackers


Alkisahnya dah lama tak hupdate blog, ada lah hamba allah mana yang datang hack owangnya blog...kononnya dia nak mencuba kepandaian dia dalam hack apa juga website dan blog orang lar..maka meroyan satu badan la owang.minta tolong siapa lagi kalau bukan chenta hati semalam.alhamdulilah boleh buka balik..yer lar saya tak reti nak buka balik or setting apa2 yang boleh buka or anything else..jadi saya letak kawan baik saya sebagai admin kedua dalam blog ni..template ni pun dia yang buatkan..hihikhik..saya tahu taip dan letakkan apa-apa yang patut dalam blog ni..

inilah kawan saya yang juga penjaga blog saya

Tah lar apa sebenar saya nak cerita dalam blog saya ni..tiada la perkara-perkara yang menarik atau d'boom dalam hidup saya melainkan kerja sampai pingsan..hahaha..